Dulu saya pernah tulis bait-bait ini.. Namun pada hari ini bila saya baca kembali, seperti ada yg tak kena.. Jadi biar saya betulkan kembali apa yg mungkin tersilap dek kurang matang diri ini 4 tahun dulu..

INI SAHAJA… (TAJUK BARU.. BUKAN INI SAHAJA!)

Aku takkan menjadi lebih sempurna daripada ini. (mana ada manusia yg sempurna)

Andai kau berlari lebih laju dariku.. tunggulah aku.. atau pergi sahaja. Kerana aku pasti tidak mampu mengejarmu.(andai kau lebih laju, jangan berhenti, teruslah berlari, jika sempat saya akan mengejar kamu.. tak pun saya ikut jalan lain)

Andai aku jatuh sakit, rawati aku atau tinggalkan sahaja, kerana aku belum tentu mampu berdiri kembali untuk bekerja denganmu. (kalau tak mampu rawat pun tlg la doa)

Andai aku menangis kesedihan, tenangkan daku atau tinggalkan sahaja.. kerana aku mungkin sudah terlupa bagaimana untuk senyum kembali (saya sentiasa butuh kata semangat dari kamu, tp kalu xde.. saya akan tetap tersenyum walau dalam terpaksa)

Aku takkan mungkin menjadi lebih sempurna dari ini.. (memang la.. tp bole improve lg..)

Aku lebih suka diriku yang kurang.. (mane bulih, kene tingkatkan prestasi)

Kerana Dia akan mendengar setiap rintihanku.. (aishh.. Allah lebih suka hambaNya yg kuat!)

Yang menciptakanmu untuk aku (blush~)

Dan mengutusmu untuk berada disisku (tp xtau la bila awak nak lamar saya..)

Dan hanya kamu yang ingin mencintai kekuranganku (optimis!)

Dan engkau bagiku begitu juga (bla bla bla..)

Kelebihanmu adalah pelengkap bagiku (betul~)

Dan kekuranganmu juga pelengkap bagiku (betul juga~)

Dan kekuranganmu menjadikan aku lebih kuat (ini memang betul)

Dan kekuranganmu beriku peluang menjadikan hidupmu lebih sempurna (saya akan berusaha!)

Dan aku ingin mencintai apa yang kurang padamu. (saya tak tipu..)

Terimalah aku seadanya.. (please..)

Kerana aku menerimamu seadanya kamu (insyaAllah, saya mahu)

Terimalah aku seadanya.. cintai aku seadanya setelah engkau menyintai Allah dan RasulNya (haruslah!)

Terimalah aku seadanya, atau tinggalkan sahaja…. (er.. yg ni no komen)

Su_ri@-17 Disember 2008.  (disemak semula pada 2 Mac 2012)

Comments

Popular Posts