Tentang Dia..
Every 1st March, it's supposed to be his birthday..
Sudah lama saya cuba utk bercerita tentang dia, tp selalu berakhir dengan cerita yg tergantung.. kerana saya tak mampu teruskan..
Dia ditakdirkan utk lahir ke dunia 32 tahun lalu.. namun meninggalkan kenangan sepi selepas 12 tahun kemudian. Biar dalam lembaran para doktor ditulis barah tulang, namun bagi saya , pada hakikat lembaran takdir Ilahi, dia anak "reserved".. menunggu di mahsyar utk membawa minuman pada kedua orang tuanya....
Saya hampir terlupa bagaimana rasanya ada di sisi ini akan seorang abang. Dan tak banyak ingatan yg boleh saya gali, kerana saat dia pergi, saya berumur 7 tahun. Saya seorang adik, tak mampu menyeka rindu padanya, apatah lagi kedua orang tua saya.. Pasti kehilangan anak yg dikasihi itu takkan pernah terubat. Tahun 1992-1993.. tempoh paling sukar dalam hidup mama dan papa..
Saya tak pernah menulis tetang dia.. tapi dia sentiasa di hati saya, di hati mama dan papa saya, kakak dan adik saya.. Saban hari, saban waktu.Setiap rintik hujan, setiap hembus bayu, setiap photon dari bahang sang suria yg tiba di bumi.. belum dapat menghapus rindu, takkan meniup pergi ingatan ini, takkan kering titis air mata bila menatap gambarnya..
Hari ini 1 Mac kembali, tiada ucapan yg perlu utk ulang tahun kelahiran..
Hari ini saya berkongsi sedikit cerita tentang dia, mudah-mudahan ada yg sudi sedekahkan kudus doa, semoga dia berbahagia di sana, di sisiNya...
Al-Fatihah dan doa yg tak pernah terputuskan oleh detik usia, buatmu Allahyarham Muhammad Hazman b. Ismail..dan juga seorang lagi cahaya yg pergi dr rumah kami, yg kisahnya akan cuba saya kongsi pada entey yg lain, (kerana sudah terasa seakan ada batu menghimpit dada) Allahyarham Muhammad Saifuddin b. Ismail. Diri ini juga diintai detak detik waktu utk kita bersama kembali..

Comments
Post a Comment