Konsep Kebebasan..

Entry tentang perjalanan saya ke Jakarta tempoh hari masih dlm "draft". Saya dahulukan entry ini sebelum kisahnya menjadi sebahagian drpd keterlupaan saya..

Tengahari 29 Feb 2012 (Tahun Lompat)
Lokasi: Di jalanan, pulang dari makan tengahari, Jalan Bachok-KB.

Sambil santapan tengahari yg saya anggar kurang lebih 400kcal dihadam, saya pada masa yang sama menghadam bicara seorang professor. Orangnya simple, tapi akalnya gemuk dengan ilmu dan segala falsafah.

"Orang Berita Hairan (bukan nama akhbar sebenar) pernah tanya I tentang konsep kebebasan mutlak.." sosok yang menghampiri usia warga emas memulai topik.

"Tidak ada seorang manusia pun yang mempunyai kuasa dan kebebasan mutlak. "Mutlak" itu milik Tuhan. Kebebasan atau freedom bagi manusia itu masih datang dengan tanggungjawab.." ujarnya penuh mendidik. Saya dan teman sepejabat terus beri perhatian. Pelajaran yang baru untuk hari ini.



"Satu contoh, beza antara hamba yang dimiliki dan orang yang bebas (merdeka)". Seorang hamba yang dimiliki tuannya, tidak bertanggung jawab atas pekerjaannya kerana dia akan buat apa yang tuan dia suruh. Jadi tuan dia yang bertanggungjawab ke atas kerja buat hamba itu. Sama jugak macam kucing... Kalau kucing tu pergi gigit kaki orang, tuan dialah yang bertanggungjawab nak minta maaf ke apa.." . Saat itu sata dah terbayang satu per satu wajah kucing-kucing yang menumpang kasih di rumah saya.



"Berbeza dengan orang biasa yag bebas (merdeka) mereka walaupun bebas memilih apa hendak dilakukan, ia datang dengan tanggungjawab, di mana, jika kelakuannya itu mengundang kerosakan, maka dia sendiri bertanggungjawab ke atas perlakuannya. Tidak wujud istilah kebebasan mutlak".


Satu perkara lagi yang selalu orang salah faham ialah istilah "freedom" (kebebasan) dan "right" (hak). Freedom ialah kebolehan untuk memilih, tapi hak adalah keperluan yang tidak boleh disekat oleh sesiapa. Tapi freedom atau kebebasan ini terbatas apabila kamu melangkar hak/ketenteraman orang lain. Contohnya, it's your freedom to choose to dress or undress. But when you choose to undress (or dress inappropriately)(dikhalayak umum), you dah ganggu "ketenteraman" orang lain. (Dan ketenteraman itu adalah "hak" manusia). That's the limit of freedom. Berlainan pulak, hak untuk bernafas udara yang bersih. Tiada siapa patut sekat hak kamu dari bernafas..

Saya amatlah tidak pandai menghurai gaya seorang professor atau filosofat.. tapi saya harap ini membantu kita sedikit sebanyak untuk memahami erti kebebasan.

Comments

Popular Posts