Kepada Allah kita kembali..
Baru beberapa hari lepas entry bertajuk "Mati Bukan Pengakhir" telah ku post dalam m.a.t.a.h.a.t.i.
Lepas habis exam semalam, terima panggilan dari Fizah, ajakku ke Temerloh utk ziarah keluarga k.Athiqah. Abang iparnya meninggal dunia pagi semalam kerana darah tinggi. Aku sendiri kurang periksa detailnya bagaimana hypertension meragut nyawa seorang bapa kepada 2 orang anak yang masih kecil itu. Namun, sebagai Muslim, kita sendiri faham, dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Walau tanpa sebab, bila sudah tiba masanya, kita akan dipanggil menghadap-Nya samada kita suka atau tidak.. sama ada kita sedia atau tidak.
Kami pergi 2 buah kereta, 9 orang kesemuanya. Rasa pening sebab stay up utk exam belum hilang. Performance utk exam Therapeutic Diet pagi tu buat aku sedikit kecewa, tp aku gagahi hari itu dan cuba utk tenangkan hati. Di tambah pula semasa drive ke Temerloh, sinar matahari walaupun tak begitu panas, tapi silauannya menyebabkan kepalaku tambah berdenyut..
Bila kami tiba, orang tengah solat jenazah di surah sekolah tahfiz berdekatan. Setelah selesai, kami turut menyusul van jenazah ke Tanah Perkuburan yang terletak tidak jauh dari sekolah tahfiz tersebut.. Aku dan beberapa sahabat uia yg lain hanya tunggu di kawasan luar Tanah Perkuburan. Rasulullah sendiri tidak menggalakkan kaum wanita ke kubur, mungkin kerana sifat orang2 jahiliyyah dulu yang suka meraung-raung bila ada kematian. Namun bagiku, biarlah aku ikut walau di luar sahaja, memerhatikan saat2 pengebumian seorang hamba Allah yg masih muda.. mudah-mudahan menjadi pengajaran bagi diriku sendiri. Dari luar kuperhatikan dua orang sahabatku yg masuk ke Tanah Perkuburan merapati lahad, menjengah ke dalam.. Macam mana agaknya berada di bawah sana..
Dari jauh kedengaran talkin dibacakan, tapi aku sendiri kurang jelas apa kendungannya. Namun dek kerana semakin longlai, kuputuskan utk pulang ke sekolah tahfiz dan tunggu sahabat-sahabat yg lain di sana. Sempat juga kami bersembang dengan beberapa org yg datang ziarah. Semua menyatakan rasa dukacita dan simpati pada isteri dan anak2 arwah. K.Long k.iqa kelihatan tenang, tapi dalam hatinya Alah sahaja yg tahu. Sayu melihat anak kecil dalam dukungan k.Long.. merengek-rengek serba tak kena.. Mungkin anak sekecil itu belum faham erti kematian, tapi rasa kehilangan itu pasti ada.
Setelah masa berlalu, urusan pengebumian pun selesai, dan para tamu pun telah bersurai. Tadi kulihat ada beberapa org pakcik menghulurkan wang kepada Afiq, anak sulung arwah.. Walau sebanyak mana wang yg diberi, aku tak rasa ia dapat mengubat hati sayu si anak. Semoga Allah beri kekuatan kepada mereka sekeluarga.
Kami pulang sudah agak lewat. Sahabatku menawarkan diri utk dirve, tapi aku berdegl. Namun dipertengahan jalan, divernya bertukar juga. Aku dah tak larat. Dalam kereta, aku bertanya pada sahabat yg berada berdekatan org yg membaca talkin tadi.
"Dalam talkin tu apa yg orng baca ye?" soalku. Diterangkan secara ringkas.. Dulu masa di matric PJ, ada seorang ustaz dengan jelas menyatakan pendiriannya yg tidak bersetuju dengan bacaan talkin utk si mati. Baginya, orang mati takkan dapat dengar pun talkin tu. Tapi sahabatku tadi berpandangan, sebenarnya talkin itu kita harus lihat sebagai peringatan bagi orng yang masih hidup. Mudah-mudahan menjadi pengajaran. Fahamlah aku apa yg ulama cuba bahaskan sebelum ini.. Khilaf dalam soal agama takkan habis kalau dibahas, tp yg penting kita berpegang pada apa yg kita yakin dlm masa yg sama tidak menafikan pendapat2 yg lain. Dan khilaf itu suatu rahmat..
Akhirnya kami tiba di uia lebih kurang 8.30 malam.. Setelah naik ke bilik.. tak mampu dah nak pandang nota2 yg belum kubaca. Sebelum merebahkan badan.. sempat ku sms sahabat-sahabat yg bersama ke temerloh tadi, termasuk yg tolng drive balik tadi..
"Rehatlah, nampak tak berdaya bena dh tadi.." .Mesej terakhir sbm kulelapkan mata tak sempat ku balas..
Ya Allah, andai aku mati nanti.. matikanku dalam Iman dan Islam. Pejamkan mataku dalam jihad pada jalanMu. Aku pernah berdosa dulu, tapi telah aku bertaubat padaMu. Peganglah hati aku utk terus istiqamah dan tidak kembali spt dulu.. Aku hanya ingin mati dijalanMu..
Comments
Post a Comment