Usia muda

Pagi ini telah kembalinya seorang pemuda ke pangkuan Ilahi. Seorang pemuda yang belum pernah kukenal, namun nama beliau sering disebut-sebut ramai. Allahyarham merupakan bekas pelajar UIA, grad beberapa tahun yg lalu. Nama beliau sering kudengar setiap kali org bercerita tentang betapa komitednya seorang mahasiswa dalam menjalankan kegiatan dakwah kepada orang di sekelilingnya. Usia mudanya di university dipenuhi dengan agenda-agenda dakwah, menebarluaskan syiar Islam, menjadi antara salah seorang ahli fikir bagaimana harus diteruskan dakwah Rasul Agung kita Nabi Muhammad s.a.w.

Usia muda.. penuh tenaga, semangat yg membara, api kesungguhan yg menyala-nyala.. itu ciri-ciri orang muda. Namun, apa yg bermain difikiranku, berapa ramai orang muda pada hari ini menghargai usia syababnya?

Tidak semua hamba yang lahir ke dunia ini sempat melewati usia dewasa atau tua, kerana Allah Yang Maha Menghidupkan, bahkan Maha Mematikan.. telah menetapkan ajal maut setiap makhluk-Nya.Alangkah rugi sekiranya nyawa kita diambil awal, sedangkan kita tidak pernah mengisi usia muda itu dengan kerja-kerja Islam. Alangkah rugi besar usia muda yg penuh kekuatan itu dibazirkan, hanyut bersama arus keindahan dunia yg putus2 membinasakan umat yg lalai.

Kalau diakhirat nanti kita disoal, apa sumbangan kita kepada Islam, mampukah kita menjawabnya? Kalau kita disoal, sejauh mana kita mengamalkan ajaran Islam dengan usia dan tenaga waktu muda kita? Pernahkah peluh kita menitis utk ke masjid atau majlis-majlis ilmu? Pernahkah airmata kita menitis terkenangkan dosa? Pernahkah darah kita menitis kerana membela agama?

“Wahai orang-orang yg beriman, mahukah aku tunjukkan suatu perdagangan yg dapat menyelamatkan kamu dari azab yg pedih? (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yg lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.” (As-Saff, 61: 10-11)

Aku berpesan pada hati, usia muda jangan dibazirkan.. Seorang sahabat pernah berkata, alangkah ruginya kita, kalau kita mati hari ini, tapi kita cuma belajar utk diri sendiri, namun tidak ada masa pun kita menyumbang utk Islam..

Al-Fatihah buat Allahyarham Ahmad Syukri Abd Kadir, syabab yg telah mengisi usia mudanya utk Islam. Semoga ruhnya ditempatkan bersama org2 yg bertaqwa. Semoga semangat kecintaan terhadap dakwah yg pernah membara dlm diri beliau suatu masa dulu meresap ke dalam jiwa-jiwa muda yg masih bernafas di bumi Allah ini..

“Nescaya Allah mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syrga yg mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan ke tempat-tempat tinggal yg baik di dalam syurga ‘And. Itulah kemengan yg agung”
(As-Saff, 61:12)

p/s-sedikit cerita ttg Allahyarham:
http://ridhauddin.com/2009/04/14/doaku-buat-sahabatku/#more-295

Comments

Post a Comment

Popular Posts