20 Disember 08
20 Disember 2008. (Hari ni Mawi ngan Ekin kahwin…)
Masuk ni dah kali ke berapa entah aku buka bonet depan kereta, tapi aku still tak ingat minyak hitam yang mana satu.. Sampai papa pulak yang datang tolong “carikan” batang minyak hitam tu. NAL 2337 akan dibawa ke Kuantan. Kancil 1994 ni dah berapa kali masuk workshop sejak aku bawa balik dia (a.k.a cik putih) dr KL ke KB. Mudah-mudahan perjalanan kami esok dilindungi dan dipermudahkan Allah.
Papa berkeras untuk convoy sampai ke Terengganu. Aku cuma risau kalau-kalau dia penat nanti.. susah pulak nak drive. Pastu dia siap panggil Hafiz sepupu aku tu.. tolong drive Wira untuk dia. Aku hargai apa yang papa buat.. aku tahu mama dan papa risaukan aku. Aku sendiri pun sebenarnya takut nak drive sorang-sorang ke Terengganu walaupun hanya 3 jam setengah.. tapi sebab aku taknak risaukan mama dan papa, aku berlagak la berani.. dalam hati, Tuhan je tahu. Namun sejauh mana kita risaukan mak ayah kita, ia takkan sekali-kali sama dengan kebimbangan ibu bapa kepada keselamatan anak-anaknya..
Aku menjadi sebak.. Teringat pagi tadi….
Aku tertidur di atas sejadah sementara menunggu azan Subuh.. Namun lenaku terlanjur sehingga pukul 6.30 pg. Namun aku bersyukur kerana rupanya papa pun terjaga lewat sedikit dan dia pun baru iqamat. Boleh la berjemaah.. Bila aku masuk bilik solat, mataku terpana.. papa dah angkat takbir.. dan aku lihat mama solat sambil duduk di atas kerusi.. “Mesti dia sakit lagi”.. bisik hati kecilku. ..
Sejak menopause, mama mula sakit-sakit sendi. Tak lama kemudian, diagnosis menunjukkan mama suffers of rheumatoid arthritis. Salah satu drpd degenerative disease, which is irreversible.. Ya Allah, ibuku dengan penyakitnya.. papa pun dengan penyakitnya.. Hati aku tak pernah tenang bila fikirkan hal ini.. Kadang-kdang terlintas di hati aku.. adakah penyakit2 dalam family aku ni.. boleh dapat kat kami adik-beradik? Macam RA tu, aku rasa autoimmune disease ni runs in the family.. Aku tak tahu apa akan jadi pada diri aku kelak.. erm.. sakit lain pun ada juga.. Dalam family aku.. semua dah pernah masuk wad kecuali aku.. Papa sbb jantung and kidney. Mama, K.Ni and Dila, these 3 women in my family ni had undergone surgery untuk buang ketumbuhan.. Arwah abang Man dulu bone cancer.. Arwah abang Din dulu mama cakap selalu nose bleeding..
Agak-agak ada tak yang sanggup kahwin dengan aku bila tahu all the diseases that run in my family?.. haha..=(
Esok 1st appointment dengan pakar orthopedic. Sakit di tapak kaki kanan aku semakin menjadi-jadi.. aku tak rasa aku akan dapat jawapan yang best dari doctor esok.. entahla..
Hmm.. aku taknak makan pain killer lagi.. Drugs.. Aku lebih rela sakit.. Kena tidak.?. mudah-mudahan dengan kesakitan tu.. Allah mengampuni dosa-dosa aku..
Comments
Post a Comment