k.Long & a.Long

6 Disember 2008.

Aku tiba di rumah dan keadaan cuaca waktu itu suram dan hujan yang masih belum berhenti. Kepala aku masih lagi ligat memproses perbualan sepanjang dalam perjalanan menghantar seorang senior aku selepas kami pulang dari satu kenduri kahwin di Pasir Mas.

“ Sebenarnya.. hari raya (aidiladha) kedua ni, ada majlis kat rumah orang (umah akak tu la).” Aku pada mulanya aku menerima kenyataan itu sebagai satu kenyataan biasa.. tapi tak lama kemudian baru aku sedar… itu adalah kenyataan “luar biasa”. Memang luar biasa bagi aku, hamba kerdil yang sering lupa bahawa qada’ dan qadar Allah mengatasi segala perancangan kita.

Senior aku tu, (aku letak nama k.Long la senang), seorang yang sangat aku hormati. Lihat penampilan dan perwataknnya sahaja sudah cukup menyemai respect dalam diri junior. Tak pernah tahu pun dia ni sudah berpunya, tiba-tiba dapat tahu dia dah nak bertunang. Hm, di kesempatan yang ada sepanjang perjalanan dalam NAL 2337 tu, aku mengorek kisah akak ni.

Bakal tunangnya sangat la aku kenal.. bukan calang-calang orang tau. Pemuda (abang Long) yang sangat dihormati ramai. Sama berkaliber macam akak ni. Dulu aku dan kawan-kawan selalu jugak berteka-teki siapakah wanita bertuah yang akak mendampingi orang hebat macam ni.. huhu, ternyatalah k.Long la orangnya. Dalam cerita k.long, dia sendiri tak menyangka bakal dijodohkan dengan abang Long.. setelah 7 tahun mereka kenal.. nak masuk final sem final year.. barulah abang Long menyatakan hasrat hatinya untuk menyunting k.Long..

Sama cantik, sama baik, sama padan..

Hmm..siapa boleh tipu diri sendiri? Aku cemburukan kawan-kawan yang dapat pasangan yang baik, soleh solehah..

Aku boleh ke?...

Comments

Popular Posts