INI SAHAJA…

Aku takkan menjadi lebih sempurna daripada ini.

Andai kau berlari lebih laju dariku.. tunggulah aku.. atau pergi sahaja. Kerana aku pasti tidak mampu mengejarmu.

Andai aku jatuh sakit, rawati aku atau tinggalkan sahaja, kerana aku belum tentu mampu berdiri kembali untuk bekerja denganmu.

Andai aku menangis kesedihan, tenangkan daku atau tinggalkan sahaja.. kerana aku mungkin sudah terlupa bagaimana untuk senyum kembali

Aku takkan mungkin menjadi lebih sempurna dari ini..

Aku lebih suka diriku yang kurang..

Kerana Dia akan mendengar setiap rintihanku..

Yang menciptakanmu untuk aku

Dan mengutusmu untuk berada disisku

Dan hanya kamu yang ingin mencintai kekuranganku

Dan engkau bagiku begitu juga

Kelebihanmu adalah pelengkap bagiku

Dan kekuranganmu juga pelengkap bagiku

Dan kekuranganmu menjadikan aku lebih kuat

Dan kekuranganmu beriku peluang menjadikan hidupmu lebih sempurna

Dan aku ingin mencintai apa yang kurang padamu.

Terimalah aku seadanya..

Kerana aku menerimamu seadanya kamu

Terimalah aku seadanya.. cintai aku seadanya setelah engkau menyintai Allah dan RasulNya

Terimalah aku seadanya, atau tinggalkan sahaja….

Su_ri@-17 Disember 2008.

Comments

  1. Salam

    Kata orang, kita dapat kenal 'sebenar diri' seseorang melalui penulisannya.

    I think, I've know you more thru dis blog.

    Keep on writing. Don't bother.

    :)

    ReplyDelete
  2. Terima Kasih Awan.. Kalau anda suka blog saya, bole terus baca, kalau tak, tinggalkan sahaja =P

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts