Balik kampung

19 December 2008

Proton Wira yang kupandu melucur perlahan meninggalkan perkarangan rumah di Bandar KB. Hari ni kami pulang ke Tanah Merah, kampung mama. Memandu pada hari Jumaat jauh lebih selesa daripada hari-lain. Takde traffic jam, kereta pun tak banyak. Erm, aku tak suka nak kotorkan hati aku dengan perasaan benci.. tapi aku memang benci traffic jam, huhu. Tapi aku juga tak suka pecut bila drive. Kelajuan 80km/j (untuk jalan besar n lebuhraya) dan max 60km/j di jalan bandar, it is just nice.

Setibanya di T.Merah, kami melalui satu rumah kayu usang yang halamannya dipenuhi semak samun. Rumah tu dah beberapa tahun ditinggalkan. Kesan-kesan dimasuki pencuri pun ada, lalang pulak dah setinggi bahu. Satu perasaan yang sedih menyucuk dalam hati. Dulu… itulah rumah yang kami selalu kunjungi setiap kali Raya, cuti sekolah, atau hujung-hujung minggu.. Di situlah adik-beradik aku, dan sepupu-sepapat bermain kejar-mengejar, main bola sepak, main masak-masak, tinting, dan macam-macam lagi..

Itulah rumah arwah datuk dan nenek aku.. yang kami panggil tok ayah dan tok che…

Kadang-kadang sebak tak tertahan.. aku hanya menyeka air mata dari menitis. Aku rasa mama lagi kesal. Selepas tok ayah dan tok che pergi menghadap Ilahi.. kakak angkat mama still tinggal dalam rumah tu. Namun beberapa tahun kemudian, mereka sekelurga berpindah ke rumah batu di hujung jalan, dan rumah itu terbiar kosong. Lalang dah penuh sangat. Papan jongkang-jongkit, buaian, gelongsor, yang arwah tok ayah bina sendiri untuk cucu-cucunya.. semua dah rosak.

Kalau kami nak licinkan kawasan tu sendiri.. kami takkan mampu.. Tanah dan rumah tu memang sangat besar. Kalau nah upah orang pulak, mama kata mungkin bole sampai beribu ringgit. Andai sahaja aku boleh panggil sepupu-sepupu aku untuk at least tebas semua lalang di halaman.. dah lama aku buat. Tapi kami ada berapa kerat je. Sepupu aku yang dah dewasa… Kak Ni, aku, Adi, Amir, Yeop Min, Wan, Am.. semua kat KL kecuali aku. Sepupu yang lain kecik2 lagi..

Mudah-mudahan Allah beri kami kemampuan untuk selesaikan pusaka peninggalan arwah tu dengan baik..

Comments

Popular Posts